Scroll to top

Tips Membeli Laptop Part 3

No comments

Laptop adalah komputer mudah alih, jadi pada dasarnya, ia boleh digunakan ketika di rumah, di pejabat, ataupun di dalam perjalanan. Sesetengah orang berpendapat, laptop lebih sesuai untuk buat kerja, main game, dan sebagainya kerana ia mudah alih. Para pelajar ataupun pekerja boleh kesana kemari dengan satu laptop dan ia boleh melakukan semua tugasan tanpa sebarang masalah.

Dengan pelbagai jenis laptop, ciri-ciri dan juga harga, agak sukar untuk memilih laptop yang sesuai dengan kita. Oleh itu, kita perlu tahu, apa yang kita perlukan.

 

5. Check keyboard dan juga touchpad

Spesifikasi yang bagus tidak bermakna ia memberikan rasa yang best ketika menaip dengan keyboard. Pastikan ia memerlukan tekanan yang sesuai dengan tangan anda, agar anda lebih selesa menaip, tanpa rasa sakit pada jari.

 

6. Check jangka hayat bateri

Bateri merupakan sesuatu yang cukup penting untuk pengguna laptop, dengan adanya bateri, laptop boleh dibuka sana sini tanpa perlunya adapter. Sekurang-kurangnya anda memerlukan laptop yang boleh bertahan sehingga 8 jam untuk kegunaan biasa.

 

Post a Comment