Scroll to top

Tanda-Tanda Motherboard Anda Bermasalah

No comments

 

Sebelum ini, saya memberi anda tanda-tanda graphic chipset bermasalah, jadi kali ini, kita pergi ke motherboard pula. Motherboard secara amnya adalah sebuah papan dimana ia menghubungkan segala komponen komputer supaya ia boleh diakses melalui software dan processor. Ia berfungsi untuk menghubungkan IO iaitu Input dan Output.

Input dan Output ini adalah komponen laptop seperti keyboard, touchpad, skrin, speaker, dan juga yang dihubungkan melalui USB.

 

Tanda-tanda motherboard anda rosak adalah:

1. Bateri

Meskipun kita dah tukar bateri, laptop tetap tak detect bateri ataupun tak charge bateri laptop tersebut.

 

2. Charger port

Charger port menjadi longgar dan susah untuk menhubungkan charger dengan laptop.

 

3. Slow

Selepas tukar hard disk dan juga format baru, ia masih slow, adalah berpunca daripada motherboard yang rosak.

 

4. Tak detect

Bila cucuk pendrive, hard disk, komputer langsung tak detect. Tetapi apabila cucuk pada komputer lain, ia boelh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

5. Tiada display

Power masuk ke dalam laptop, tapi apabila on, hanya kipas berfungsi dan skrin tak keluar apa-apa.

 

6. Tiada power

Bila pasang charger, power tak masuk langsung, dan tak boleh on langsung.

 

Post a Comment