Scroll to top

3 Photo Editor Percuma Yang Terbaik!

No comments

Kebiasaannya gambar yang diambil melalui fon ataupun kamera, kualiti gambarnya cukup memuaskan tetapi jika diedit semula menggunakan software photo editor, gambar itu boleh menjadi lebih menakjubkan.

Dan seperti biasa, Adobe Photoshop dikira sebagai software photo editor yang terbaik buat masa kini. Tetapi ia memerlukan latihan dan ia juga agak sukar untuk dikuasai. Dan software-software yang saya akan listkan ini lebih mudah untuk digunakan, dan anda tidak perlu membayar 1 sen untuk mendapatkannya.

 

 

  1. GIMP

    GIMP merupakan sebuah software photo editor yang sudah lama berada di Internet. Ia memberikan pelbagai jenis tools yang boleh digunakan yang perlu dibayar pada software lain. Dan seperti photoshop, anda boleh mendapatkan plugin daripada Internet.

 

  1. Paint.NET

    Seperti GIMP, Paint.NET ini juga sudah lama berada di Internet. Ia langsung tidak sama dengan software Microsoft Paint, dan Paint.NET ini jauh lebih fleksibel berbanding Microsft Paint.

 

  1. Photos Pos Pro

    Interface Photos Pos Pro ini amat sama seperi Adobe Photoshop. Ia mempunyai pilihan novice dan juga expert yang boleh diubah mengikut kesukaan dan yang mana lebih mudah untuk digunakan. Salah satu kekurangan pada Photos Pos Pro ini anda mungkin perlu untuk mendapatkan yang Premium untuk edit gambar melebihi resolusi 1024 x 2014.

Post a Comment