Scroll to top

Perbandingan Jenis Teknologi Keyboard Popular – Part 1

No comments

YANG MANA SESUAI UNTUK ANDA?

Apabila bercakap tentang perkakasan komputer, keyboard komputer adalah unsung hero.

Tiada peranti lain yang jumlah penggunaan yang sama seperti anda menggunakan keyboard, dan sementara kita lebih gemar untuk menghabiskan ratusan ringgit atau lebih untuk membeli mouse, kita sering terlupa dimana tangan sering berehat kebanyakan masa, kalau bukan pada keyboard.

Keyboard biasanya dilihat mengikut saiz sahaja. Dengan pemikiran seperti itu anda sebenarnya patut fikirkan jenis apa yang sesuai dengan gaya dan penggunaan yang khusus untuk anda.

Kali ini kita akan membincangkan beberapa jenis mekanisme switch keyboard yang paling sesuai untuk penggunaan secara tidak langsung mengubah perspektif anda.

JENIS TEKNOLOGI SWITCH KEYBOARD YANG POPULAR

Keyboard biasanya dikelaskan mengikut jenis mekanisme switch yang mereka gunakan. Selain daripada jenis ergonomics terdapat banyak lagi jenis-jenis­ teknologi keybord yang berbeza di luar sana. Keyboard datang dengan pelbagai gaya, permukaan dan jenis bahan, tetapi apa yang sama adalah 80-110 switch yang membolehkan ia beroperasi.

Berikut adalah sebahagian daripada mekanisme switch paling popular, dan gambaran ringkas dan bagaimana ia beroperasi.

1. MEMBRANE KEYBOARD

Teknologi ini menggunakan tiga lapisan. Lapisan atas terdiri daripada sama ada label di bahagian depan kunci rata (panel rata) atau plungers switch, yang juga dipanggil keytops (perjalanan penuh). Lapisan tengah bertindak sebagai spacer antara lapisan paparan atas dan lapisan belakang.

Lapisan belakang mempunyai satu siri jalur dicetak bersudut tepat dengan lapisan depan. Apabila lapisan depan ditolak dengan cukup keras, ia menolak melalui spacer yang di hubungkan dengan lapisan belakang, yang menutup dan mengaktifkan litar.

Perbezaan antara panel rata dan perjalanan penuh dalam kebanyakan aplikasi. Panel rata membrane keyboard digunakan pada aplikasi yang tidak mempunyai banyak ruang dibahagian belakang seperti switch microwaves, photocopiers, small appliances, coffee maker dan sebagainya.

2.DOME SWITCH KEYBOARD

Satu lagi versi teknologi keyboard yang popular adalah dome switch keyboard. Switch dome sebenarnya satu bentuk gabungan antara membrane dan keyboard (seperti gambar dibawah).

Teknologi ini adalah sama, hanya ia menggunakan switch rubber dome dipanggil polydromes (untuk memberikan maklum balas sentuhan)

Satu lagi versi teknologi dome switch menggunakan apa yang dikenali sebagai scissor dome. Switch dome  ini menggunakan teknologi untuk meningkatkan ketahanan ditambah dengan scissor switch, yang pada dasarnya berbentuk “X” di setiap sisi, jenis keyboard ini biasa ada pada macbook pro dan macbook air.

Post a Comment