Scroll to top

Nak Bateri Tahan Lebih Lama? Buat 3 Perkara Ini – Part 3

No comments

 

7. Sleep @ Hibernate Laptop Anda.

Kebanyakan laptop akan sleep/hibernate secara automatik sekiranya anda tidak aktif untuk masa tertentu. Ia bertujuan untuk menggurangkan penggunaan bateri laptop anda supaya tak cepat habis.

Dari membiarkan tetapan (setting) laptop anda begitu sahaja, anda boleh memendekkan lagi bila laptop anda akan sleep sekiranya anda tidak aktif, supaya dapat menjimatkan lagi kuasa bateri anda.

Ini berguna terutamanya apabila anda sedang mengunakan kuasa bateri, kerana penggunaan tenaga dari bateri jauh lebih rendah ketika sleep berbanding ketika laptop itu dalam keadaan terjaga.

Anda boleh set SLEEP dengan cara:

Contol Panel >  View by Category (tukar kepada Small Icon) > Pilih Power Option > Pilih Choose When to Turn off the Display> dan anda boleh set time untuk laptop anda sleep.

8. Rendahkan Brightness Skrin

Percaya atau tidak, skrin laptop adalah salah satu daripada komponen yang banyak menggunakan kuasa bateri. Lebih cerah BRIGHTNESS skrin laptop anda lagi banyak kuasa bateri yang pakai bergantung pada LEVEL BRIGHTNESS anda.

Banyak laptop dimana skrin malap apabila menukar ke MODE BATTERY POWER SAVER, jika tidak kurangkan sedikit BRIGHTNESS.

9. Off Wifi & Bluetooth

WiFi dan Bluetooth merupakan alat tanpa wayar yang hebat dan membolehkan anda untuk menyambung peranti seperti, MOUSE, KEYBOARD, PRINTER, surfing INTERNET dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda tidak perlu menggunakan FEATURES ini. Sebagai contoh, jika anda berada di awangan menaiki pesawat, anda tidak boleh menggunakan Wi-Fi atau Bluetooth.

Jadi perlukah anda biarkan ia on? Protocol ini memerlukan sedikit kuasa untuk digunakan dan boleh memberi kesan di mana berapa lama bateri laptop anda boleh bertahan.

Jadi, jika anda tidak menggunakannya, mengapa anda perlu membiarkan kuasa dari bateri laptop anda di bazirkan?

Cukup 3 artikel ringkas macam mana nak buat bateri laptop anda tahan lebih lama. Ada 9 tips semuanya. Mudah je kan nak buat?

#SHARE tips ini kepada rakan-rakan yang mengalami masalah ini. Klik butang SHARE kat bawah ni.

Post a Comment