Scroll to top

Lenovo ThinkPad T470

No comments

Spesifikasi

  • Intel Core i5-7200U processor
  • Intel HD Graphics 620 integrated graphics
  • 8GB memory
  • 256GB PCIe SSD
  • 14.1 inches screen with Full HD resolution
  • Intel 8265 2×2 802.11ac with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

ThinkPad T470 ini mempunyai design yang hamper sama seperti laptop ThinkPad seperti sebelum ini Cuma dengan sedikit perubahan, pada bahagian penutup laptop ia diperbuat material sentuhan lembut yang cukup sedap apabila disentuh, tetapi ia hanya terdapat pada bahagian penutup sahaja, jadi kami agak kecewa untuk bahagian ini.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Full HD yang terdapat ini cukup besar dan gambarnya cukup jelas, tetapi ia kurang pada kecerahan skrin dan juga color reproduction. Dan dengan skrin Full HD, anda boleh melihat banyak benda berbanding 720p

Speaker T470 ini pula hanya boleh memenuhi ruang bersaiz kecil, dan bunyi yang terhasil tidak begitu sedap seperti yang biasa pada laptop lain.

 

Keyboard dan Touchpad

Kebanyakan orang mencari ThinkPad kerana keyboardnya, ia memberi rasa yang paling best ketika menaip, dan butang nya cukup keras untuk digunakan oleh para typist. Backlightingnya juga cukup terang dan tiada masalah untuk digunakan ketika dalam gelap.

Touchpadnya pula cukup tepat ketika digunakan dan ia tidak mempunyai masalah langsung untuk swipe, click, dan juga multi-gestures.

 

Prestasi

Dengan spesifikasi laptop ini, ThinkPad T470 boleh menangani pelbagai jenis tugasan tanpa sebarang lag ataupun delay. Baterinya pula boleh bertahan selama 17 jam dan ini cukup menakjubkan bagi sebuah laptop. Meskipun ia tidak mempunyai kualiti audio yang bagus, dan skrin yang terang, laptop ini masih lagi memberikan kombinasi yang terbaik antara ketahanan dan juga performance.

Post a Comment