Scroll to top

KASPERSKY MELANCARKAN ANTIVIRUS PERCUMA UNTUK PC & LAPTOP ANDA

No comments

Kaspersky menawarkan antivirus versi percuma, Kaspersky Free yang mampu memberikan perlindungan paling asas secara percuma bagi mereka yang ingin menggunakannya.

Sesetengah daripada kalangan anda mungkin perasan akan kemerosotan dalam isu keselamatan yang di alami pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Terutamanya kerana penggodam (hackers) dan penjenayah siber telah bertukar kepada method yang lebih maju, untuk mendapatkan wang daripada pengguna komputer dan internet seperti yang ditunjukkan oleh Ransomware baru-baru ini.

 

Kaspersky Free kini boleh didapati melalui laman webnya. Ia memberi perlindungan terhadap fail, e-mail dan website. Ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan update terbaru daripada Kaspersky yang menambahkan definition ataupun jenis virus baru dan juga algortithm untuk melawannya. Seperti antivirus lain, ia mempunyai ciri-ciri seperti self defense, quarantine dan banyak lagi.

Selain itu, Kaspersky juga menawarkan 2 jenis antivirus Premium iaitu Kaspersky Internet Security untuk perlindungan daripada serangan daripada Internet dan juga Kaspersky Total Security untuk perlindungan sepenuhnya. Kedua-dua ini juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti parental control, online payment protection dan juga VPN.

Eugene Kaspersky, pemilik Kaspersky menganggap Kaspersky Free adalah sebuah keperluan asas yang setiap manusia di muka bumi perlu miliki.

 

Didalam ujian, Kaspersky Free ini berfungsi dengan cukup baik berbanding antivirus percuma daripada company lain. Ia hanya mengambil masa yang sekejap untuk melakukan quick scan pada komputer berbanding antivirus lain.

 

Kaspersky Free sedang dilancarkan di seluruh dunia secara berperingkat, bermula dengan America, Canada, dan beberapa negara di Asia Pasifik. Sekiranya ia sudah tersedia di sini anda boleh download terus dari laman web kaspersky. Apa yang anda perlukan adalah sistem windows dari windows XP ke Windows 10.

Download Kaspersky Free Sekarang!

 

Post a Comment