Scroll to top

HP Stream 11

No comments

 

Spesifikasi

  • Intel Celeron N3060 processor
  • Intel HD Graphics 400 GPU
  • 4GB memory
  • 32GB eMMC storage
  • 11.6 inches screen with HD display
  • 802.11ac with Bluetooth 4.0

 

Rekabentuk

Rekaan seakan-akan mainan ini memberikan rasa suka dan benci pada masa yang sama. dengan pilihan warna antara biru ataupun ungu, ia menjadikan laptop ini cukup sesuai untuk kanak-kanak ataupun para student yang ingin laptop yang kecil dan ringan.

 

Skrin dan Bunyi

Kualiti skrin agak rendah pada Stream 11 ini, dengan skrin HD (1366 x 768 resolusi), warnanya seperti lusuh, dan kelihatan kurang menarik. Tetapi skrin ini dikira sebagai normal untuk laptop pada harganya.

Tetapi kualiti audio pada Stream 11 ini cukup menakjubkan, ia boleh memenuhi bilik bersaiz sederhana dengan kekuatan audionya. Speakernya berada pada bahagian bawah laptop yang membantu melantunkan bunyi untuk menambahkan kekuatan bunyi.

 

Keyboard dan Touchpad

Stream 11 mempunyai keyboard bersaiz penuh dan butang-butangnya cukup besar untuk menaip, ia juga memberikan rasa clicky yang menjadikan proses menaip rasa lebih menyeronokkan.

Touchpadnya juga selesa untuk digunakan, dan ia menyokong swipe, click dan juga multi-gestures.

 

Prestasi

Dengan Intel Celeron N3060, Intel Graphics 400, 4GB RAM dan 32 eMMC storage, ia memberikan laptop ini performance yang cukup laju dan pantas. Tetapi jika anda ingin melakukan multi-tasking, ia boleh mejadi perlahan dan sedikit lag. Baterinya boleh bertahan selama 8 jam apabila penuh untuk kegunaan web browsing dan wifi connection.

Dengan kekurangannya hanya pada skrin, laptop ini sudah dikira sebagai peranti yang cukup baik dengan adanya spesifikasi yang ada pada laptop ini.

Post a Comment