Scroll to top

DIY : Bina PC Anda Sendiri – Part 1

1 comment

Membina PC anda sendiri terasa seperti melakukan satu upacara. Di mana anda sendiri pergi membeli satu persatu komponen komputer yang diperlukan dari kedai-kedai komputer yang ada di luar sana, supaya dapat membina PC custom yang memiliki spesifikasi yang anda mahukan.

Anda dapat merasakan kepuasan pada diri sendiri dan dalam masa yang sama mesti ada sedikit perasan ragu-ragu dan sebagainya. Tetapi proses itu sendiri adalah sangat mudah sebenarnya. Saya akan membimbing anda dan memberi tahu apa yang perlu di lakukan.

1.PASTIKAN SEMUA PERALATAN ADA

Perkara pertama yang anda mahu lakukan adalah mengumpulkan semua peralatan anda. Dapatkan case, kesemua komponen PC tersebut dan juga jangan lupa dengan user manual sekali. Pastikan screwdriver, gunting, thermal paste sudah tersedia.

Keluarkan semua komponen yang anda beli dari kedai-kedai komputer dari kotak. Ini dapat menjimatkan ruang semasa anda mahu assemble PC tersebut.

Ini adalah contoh komponen untuk membina PC anda sendiri:-

  • Case: Corsair Carbide Series
  • Motherboard: Asus ATX DDR4 H170-PRO/CSM
  • CPU: Intel Core i5-6500 3.2GHz Quad Core Skylake
  • RAM: Corsair Vengenace LPX 8GB DDR4 2400MHz
  • Graphic card: Gigabyte GeForce GTX 1060 WINDFORCE 6G
  • SSD: SanDisk SSD Plus 240GB
  • HDD: WD Blue 1TB 7200 RPM
  • Power supply: Rosewill Capstone G550

Pastikan anda baca manual yang disediakan supaya tidak tertinggal atau terlepas komponen yang lain.

2.MEMASANG MOTHERBOARD I/O SHIELD

Pertama sekali buka kedua panel penutup PC tersebut. Buka dahulu skru sebelum anda slide kedua-dua panel casing tersebut seperti gambar ini.

Setiap motherboard mempunyai I/O shield yang dilekatkan di belakang case dari dalam. Pastikan port I/O shield tersebut sama dengan port pada motherboard PC tersebut.

 3.MEMASANG MOTHERBOARD

Jika processor adalah nadi komputer anda, motherboard adalah sistem saraf. Ia menyelaraskan kesemua aktiviti-aktiviti komponen. Case komputer mempunyai beberapa untuk memegang motherboard, pastikan ia ada.

Jelas kedudukan motherboard perlu selari dengan I/O shield port tersebut. Pastikan port pada motherboard tersebut selari dengan lubang pada I/O shield. Patikan lubang pada case dan motherboard selari.

Nak masukkan motherboard ini kadang-kadang leceh sedikit, sebab kena bagi motherboard tu selari dengan lubang case dan juga I/O shield, jadi ambil masa sedikit.

Ok, kalau motherboard dah lekat dengan baik, lubang pada motherboard dan case pun dah selari, sekarang anda dah boleh skru setiap lubang pada motherboard. Lagi satu jangan skru terlalu kuat, takut motherboard rosak.

Terdapat beberapa kabel yang datang sekali dengan case PC yang perlu disambungkan ke motherboard anda. Terdapat penyambung kecil yang dilabel LED +, LED -, HDD +, RESET dan sebagainya, dan yang perlu menyambungkan ke pin yang sepadan pada motherboard anda.

Setiap case PC berbeza, jadi anda perlu membaca user manual motherboard dan case anda. Ingan jangan buang user manual yang disediakan. Anda juga boleh sambungkan kipas build in pada motherboard anda jika ada.

Motherboard fan pin saya dilebal CHA FAN1.

Saya akan sambung dalam part yang seterusnya. Tunggu ya 🙂

1 comment


Post a Comment