Scroll to top

Dell Precision 5520

No comments

 

Spesifikasi

  • Intel COre Xeon E3-1505M v6
  • Nvidia Quadro M1200
  • 32GB Memory
  • 512GB M.2 PCIe SSD
  • 15.6 inch screen with FUll HD display
  • Intel WiFi Link 8265 Card 2×2 (802.11ac + Bluetooth 4.2)

 

Rekabentuk

Dell menggunakan rekaan yang sama daripada siri XPSnya iaitu XPS 15 pada Precision 5520 ini. Pada bahagian penutup laptop ini, ia terdiri daripada binan Aluminium, dan pada bahagian dalamnya pula ia terdiri daripada carbon-fiber yang mempunyai sentuhan halus dan memberikan keselesaan ketika menaip.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin bersaiz 15.6 inci ini memberikan pandangan yang cukup jelas dan warna yang terang. Ia juga mempunyai bingkai yang nipis, memberikan lebih ruang untuk melihat berbanding biasa.

Kualiti audio pada Precision 5520 ini cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik yang besar. Untuk menghasilkan audio yang lebih sedap, software Waves MaxxAudio Pro turut disediakan.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Precision 5520 ini memberikan keselesaan ketika menaip. Ia juga mempunyai backlight. jadi menaip di dalam keadaan yang gelap bukan lah menjadi suatu masalah.

Touchpadnya pula cukup smooth ketika digunakan dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk swipe,click dan juga multi-gestures.

 

Prestasi

Laptop ini seperti sebuah pakej yang sempurna daripada setiap aspek didalam sebuah laptop yang cantik. Dengan ketahanan bateri selama 11 jam, laptop ini mampu dijadikan sebagai laptop kerja harian tanpa sebarang masalah.

Post a Comment