Scroll to top

Cara Mudah Untuk Menjaga Laptop Anda

No comments

Laptop ini umpama nyawa, sebab pada laptop inilah kita buat kerja, bermain, dan sebagainya. Dan adalah sangat penting untuk kita menjaganya dengan baik, dan juga pastikan laptop kita di dalam keadaan yang lain. Cuba ikut langkah-langkah mudah ini dan inshaAllah, laptop boleh bertahan lebih lama.

 

  1. Jauhkan sebarang jenis cecair daripada laptop.

    Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja, dan cuba elakkan air minuman dan sebagainya daripada laptop. Cecair ini boleh menyebabkan kerosakan pada motherboard.
  2. Jauhkan makanan daripada laptop.

    Jangan makan berdekatan dengan laptop, ada kemungkinan serpihan-serpihan makanan akan jatuh di celah-celah butang keyboard dan secara tak langsung menjemput serangga-serangga dan juga merosakkan litar laptop.
  3. Jangan gunakan ataupun simpan laptop di dalam ruang yang ada binatang peliharaan.

    Binatang peliharaan meskipun kelihatan manja dan tidak bersalah, tetapi, ketika ia bermain, laptop boleh tercampak ataupun rosak ketika ia berlari, duduk atas laptop dan sebagainya.
  4. Bersihkan tangan sebelum menggunakan laptop.

    Tangan yang bersih memudahkan untuk menggunakan touchpad laptop, dan tangan yang bersih juga boleh mengelakkan daripada sebarang kotoran, ataupun kerosakan melalui calar. Pastikan juga tangan sudah kering sebelum mengguankan laptop.
  5. Lindungi skrin dan hinge laptop.

    Sebelum tutup laptop, pastikan tiada apa-apa pada keyboard, ataupun pada bahagian hinge laptop untuk elakkan skrin tercalar ataupun pecah dan juga elakkan hinge daripada patah.

Post a Comment