Scroll to top

Betul Ke Laptop Lagi Laju Kalau Guna SSD?

1 comment

 

Solid state drive (SSD) kini merupakan keperluan bagi komputer moden. Berbeza pada beberapa tahun yang lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal. Sekarang anda mampu memilikinya kerana terdapat model SSD pada harga budget.

SSD merupakan teknologi storan (storage) yang baru dan moden berbanding mechanical hard disk yang biasa digunakan pada majority komputer dan laptop. SSD menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna yang menggunakan HDD telah bertukar kepada SSD.

Ada 5 cara bagaimana SSD dapat melajukan laptop anda.

1. Penggunaan Solid State Drive (SSD) melajukan boot komputer anda dengan lebih cepat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 7, Windows 8.1 atau Windows 10)

2. Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.

3. Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.

4. Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.

5. Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsive.

Contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser, scan antivirus dan sebagainya. Untuk optimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.

Hasilnya, kebanyakan model Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan responsif. Pembuat PC lain pula kini dilihat semakin beralih kepada storan SSD di dalam model-model komputer terbaru, dan tidak terhad kepada komputer kategori high-end sahaja.

1 comment


  1. irana

    sy bermiat nk wat SSD dilaptop sy tp sy duk jhr kdai ni ktne ye

Post a Comment