Scroll to top

7 Tips Tingkatkan Jangka Hayat Bateri Laptop

No comments

Pernah tak bila kita mahu gunakan laptop untuk kerja-kerja mustahak, pada masa itu juga, bateri laptop hampir habis? Power adapter tertinggal di rumah? Ataupun mungkin tiada power outlet untuk cas bateri laptop?

Walau apa pun yang terjadi, kita masih ada harapan untuk perah semua tenaga yang laptop kita ada untuk menambahkan waktu penggunaan. Ada beberapa perkara mudah yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan masa ekstra.

Sesetengah tips adalah untuk menambahkan hayat bateri pada saat-saat bateri laptop hampir habis. Manakala yang selebihnya pula adalah untuk jangka masa yang panjang dan perlu dilakukan sebelum hayat bateri habis.

TIPS JANGKA MASA PENDEK
1. Aktifkan Battery saver mode atau Eco mode

Kebanyakan mode battery saver ini akan melakukan beberapa perubahan secara automatik untuk menambahkan hayat bateri. Profail yang telah disimpan didalam laptop kita ini juga menukarkan komponen-komponen laptop kita ke keadaan kuasa yang rendah.

2. Mematikan port yang tidak digunakan

Cara yang paling mudah sekali untuk kita mengurangkan penggunaan tenaga adalah dengan mematikan komponen-komponen yang tak diperlukan.

  1. Cabutkan semua peranti yang tak perlukan sebagai contoh USB mouse atau External Hard Disk.
  2. Tutup Wi-Fi dan Bluetooth.
  3. Mematikan optical drive. Pergi ke Device Manager dan tekan dua kali DVD/CD-ROM Drives. Klik kanan pada optical drive anda dan pilih Disable.

3. Mengubah tetapan/setting laptop

Meskipun kita menggunakan skrin dan juga papan kekunci, ada juga tetapan yang perlu ditukar untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

  1. Matikan lampu pada papan kekunci. Jika anda perlukan juga lampu itu, anda boleh menggunakan dengan keterangan yang rendah.
  2. Turunkan kecerahan laptop. Meskipun anda menggunakan hanya 50 peratus kecerahan, ia sangat membantu untuk menjimatkan kuasa laptop anda.
  3. Seandainya anda menggunakan resolusi 1080p, anda boleh menukarkan kepada 1366×768. Ini boleh dilakukan seandainya anda hanya melakukan kerja-kerja berkaitan dengan dokumen.
  4. Turunkan atau mute bunyi laptop anda.
 4. Mematikan aplikasi dan juga proses

Bukan komponen laptop sahaja yang mencuri bateri laptop. Perisian, aplikasi dan proses yang berjalan pada laptop anda turut meningkatkan penggunaan bateri.

  1. Pada taskbar, Exit sebarang aplikasi pada Tray yang anda tidak perlukan.
  2. Buka Task Manager dengan menekan butang Ctrl + Alt + Del, dan cari aplikasi yang anda tidak perlukan dan tekan butang End Task.

TIPS JANGKA MASA PANJANG
5. Menjaga bateri dengan baik

Semuanya bermula pada bateri itu sendiri. Bateri perlu dijaga dengan baik untuk mengekalkan ketahanan dan hayat bateri.

  1. Cas bateri sehingga penuh. Bateri pada masa kini iaitu lithium-ion dan lithium-polymer tidak seperti bateri nickel metal hydride yang perlu di hadkan waktu pengecasan.
  2. Mengelakkan bateri berada didalam keadaan yang panas buat jangka masa yang panjang kerana haba boleh mengurangkan jangka hayat bateri.
6. Melakukan Maintenance

Maintenance perlu dilakukan untuk penggunaan kuasa yang lebih efisien. Penyelenggaraan yang ringkas cukup untuk menambah hayat bateri dan juga meningkatkan prestasi laptop.

Anda hanya perlu lakukan disk defragmentation dan juga disk cleanup.

7. Bawa bateri backup

Cara paling mudah untuk memastikan anda mempunyai bateri yang cukup adalah untuk membeli bateri ekstra ataupun external battery pack.

Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat. Nampak arrow merah tu? Klik je butang share kat bawah ni. Thanks!

Post a Comment