Scroll to top

7 Programs Free Antivirus Terbaik

No comments

Anda mungkin mendengar perkataan ini beribu kali, anda memerlukan perlindungan anti-virus. Mac, windows dan linux juga memerlukannya. Aplikasi anti-virus begitu mudah untuk di download.

Anda juga boleh mendapatkan perlindungan terbaik dari aplikasi anti-virus percuma. Jadi tunggu apa lagi install salah satu dari 7 anti-virus ini untuk melindungi komputer anda.

 

AVIRA (WINDOWS & MAC)

Mempunyai reputasi untuk prestasi yang consistent dan user friendly, menjadikan Avira pilihan yang terbaik. Ujian terhadap antivirus versi pro memberikan 99.9% kadar perlindungan. Jadi untuk versi yang percuma tidak kurang hebatnya.

Anda boleh menjadualkan imbasan (scan). Mempunyai dua jenis imbasan iaitu quick daily scan dan weekly full scan. Real-time protection akan membantu untuk melindungi komputer anda.

Download Avira Secara Percuma

 

BITDEFENDER (WINDOWS)

Satu lagi aplikasi anti-virus versi pro dengan kadar perlindungan 99.9%, dan versi percuma Bitdefender tidak kurang hebatnya, melindungi anda dari virus. malware, dan mempunyai feature anti-phishing dan anti-fraud membantu melindungi anda.

Download Bitdefender Secara Percuma

 

AVAST (WINDOWS & MAC)

Walaupun Avast memperoleh rating perlindungan yang sedikit lebih rendah daripada beberapa pilihan lain, ia masih sangat tinggi juga. Ia juga mempunyai penggunaan sumber yang agak rendah, dan tidak memperlahankan komputer anda.

Mudah untuk digunakan, mempunyai interface yang user friendly anda tidak memerlukan manual untuk menggunakannya. Walaupun ranking sedikit rendah, Avast menjadi pilihan yang sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu antivirus percuma.

Download Avast Secara Percuma

 

AVG (WINDOWS & MAC)

Satu lagi aplikasi antivirus percuma yang sangat popular senjak dari dulu lagi. AVG berada di kedudukan yang baik dalam perlindungan dan juga penggunaan sumber sistem.

Download AVG Secara Percuma

 

MALWAREBYTES (WINDOWS & MAC)

Malwarebytes memperoleh reputasi yang sangat kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan aplikasi anti-malwarenya tidak terkecuali. Ia khusus untuk menyingkirkan adware, mempunyai saiz fail yang kecil, dan sangat pantas.

Download Malwarebytes Secara Percuma

 

PANDA FREE ANTI-VIRUS (WINDOWS)

Anda mungkin akan mengalami top-up skrin yang memberitahu anda untuk upgrade ke versi berbayar, Panda mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, memuatkan sebahagian besar tugas pada cloud, dan membebaskan sumber sistem anda.

Download Panda Antivirus Secara Percuma

 

TREND MICRO HOUSECALL (WINDOWS & MAC) 

Satu lagi aplikasi yang mendapat permintaan, HouseCall boleh dimuat turun dari internet. Ia tidak akan memberi pilihan scheduling atau real-time protection, tetapi jika anda fikir komputer anda mungkin telah dijangkiti, ini adalah cara yang sesuai untuk memeriksa.

Trend Micro menawarkan beberapa alat percuma lain yang mungkin anda berminat, seperti anti-ransomware toolkit, browser guard dan rootkit buster.

Download Trend Micro Housecall Secara Percuma

Post a Comment