Scroll to top

7 Aplikasi Penting Yang Perlu Anda Install Dalam Laptop

No comments

Software merupakan tulang belakang bagi setiap komputer. Masa ada untuk komputer baru atau yang lama. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah install program dan software yang akan digunakan oleh anda. dengan adanya software anda dapat melakukan kerja dengan lebih cepat dan pantas.

Dibawah merupakan beberapa senarai program dan software yang perlu ada:

1. INTERNET BROWSER

Perlu ada internet browser pada komputer anda. Ini memudahkan anda untuk melayari internet, contoh internet browser Chrome. Bukan komputer baru biasa sudah ada browser? Browser yang sedia ada sudah lama dan tahap security sudah tidak kuat. Jadi lebih baik download browser yang baru dan sentiasa update.

2. ANTI VIRUS

Software ini sangat penting untuk komputer anda. Dengan adanya software antivirus, sedikit sebanyak dapat membantu untuk melindungi komputer anda dari jangkitan virus dan malware yang sedang berleluasa di luar sana. Dan yang paling hangat di perkatakan Ransomware. Contoh anti-virus yang ada Kaspersky.

3. WINRAR / WIN ZIP / 7 ZIP

Ini merupakan software untuk anda extract file atau data yang telah di compress di dalamnya. Sebagai contoh kebanyakkan software yang anda download daripada internet mengguna Win ra, sekiranya anda tiada software ini, anda tidak boleh read atau extract file di dalamnya.

4. MICROSOFT WORD

Software Microsoft Word ini sangat penting untuk anda melakukan tugasan kerja harian anda di pejabat mahu pun di rumah. Software ini membolehkan anda menaip kerja anda dan macam-macam lagi. Terdapat banyak software Microsoft di luar sana seperti excel, power point, database, word, publisher dan lain-lain lagi.

5. MEDIA PLAYER

Tak sah kalau tiada software media player ini dekat dalam komputer anda. Dengan software ini anda boleh play muzik dan video. Bosan-bosan anda mesti nak berhibur, dengar lagu ataupun play movie. Contoh software media player VLC player.

6. CLOUD STORAGE

Zaman sekarang ini cloud storage sangat penting. Dimana data-data dan fail-fail penting anda boleh di simpan di cloud storage tanpa menggunakan storage drive seper ti external hdd atau pendrive. Anda boleh akses fail anda hanya dengan connect pada internet. Contoh cloud storage dropbox.

7. PDF READER

Software Pdf Reader adalah sangat penting. Kerana banyak format file dokumen yang di gunakan adalah pdf. Sekiranya anda tiada software ini anda tidak boleh baca dokumen ini. Jadi untuk baca format pdf ini anda perlu install pdf reader seperti adobe reader, foxit reader dan sebagainya.

Post a Comment